Sunday, May 30, 2010

JOM BACE...

"ramai orang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai yang boleh menepati masa yang berharga"--------->>TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

Saturday, May 29, 2010

=======>>>> taHukah anDa!!!

[7 JALAN AJAIB DI DUNIA]

(1). Buenos Aires, Argentina ---. mempunyai jalan paling lebar di dunia (300 feet).


(2). Swindon, England ---> roundabout paling memeningkan dalam dunia.

(3). San Francisco, USA ---> jalan paling bengkang bengkok dalam dunia.


(4). Dunedin, New Zealand ---> jalan paling curam di dunia.



(5). Castletown,England ---> jalan paling sempit di dunia.

Thursday, May 27, 2010

---> biCara maLam JuMaat<---

"siapa yang berasa senang dengan pujian orang terhadap dirinya, bererti dia telah mengizinkan syaitan untuk masuk ke dalam perutnya"


>>>>>>>>>>Ahmad Athaillah<<<<<<<<<<

Tuesday, May 25, 2010




terima kasih kpd=========>>> ateh_ qshe...ats sudi mberi award n bunga kat basikal....

^^inGaTlah saHaBat^^

------>>sesungguhnya yang lebih lama susahnya di dunia ialah lama gembiranya di akhirat dan lebih lama kenyang di dunia akan lebih banyak lapar di akhirat<<-------


***Ibnu Asahir***

<< baHana liDah >>

"perkataan itu seperti ubat kalau sedikit bercakap memberi manfaat, tetapi terlalu banyak bercakap nescaya membunuh"

------>>Amru Al-aS

Monday, May 24, 2010

keGaGahan leLaki^^

**jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya**

^^^^^khalifah umar al-khattab^^^^^

Friday, May 21, 2010

^^^ tiPs meNgeNaLi............^^^

--->>kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya<<---


>->->->->->->->->->->>voltaire

Thursday, May 20, 2010

===>>>> reNunG2 kanlah

"jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara"

-----------------------***Abraham Lincoln

#pLzzZz,baCe jAp#

"siapa yang mengamalkan apa yang telah diketahui maka akan diberi taufiq untuk mencapai apa yang belum diketahui"


=========>> [al-auzaa'i]

Tuesday, May 18, 2010

< beRfiKir seKeJap >

"kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata yang lemah lembut"

-----------------***saidina umar al-khattab

Monday, May 17, 2010

[ inSaFlah ]

"Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal"

Sunday, May 16, 2010

---> saHaBat seJaTi <---

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

maksudnya:-
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

oPssSss.......baCe jaP

"harta yang didatangkan oleh angin akan terbawa pergi oleh taufan"

Friday, May 14, 2010

..TAZKIRAH JUMAAT..

"janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya"

----->SAIDINA ALI

Thursday, May 13, 2010

ruGi saPe yG taK maKan uLam..hehe:-)

KEBAIKAN ULAM2an :-

* ULAM PEGAGA - Baik untuk sistem penghadaman, kecergasan minda, sistem saraf dan merawat asma,batuk dan kembong air.
* DAUN PUDINA - Penawar sakit tekak, batuk, demam dan selesema.
* KACANG BOTOL - Kaya dengan kalsium dan zat besi,fosforus dan zink. Merawat pening-pening dan pitam.
* TENGGEK BURUNG - Merawat darah tinggi dan menyegarkan badan.
* ULAM RAJA - Menguatkan tulang dan mencuci darah daripada toksid.
* PETAI - Merawat kencing manis, penyakit kulit, sakit pinggang,demam kuning dan sedu.
* DAUN SELOM - Merawat bengkak-bengkak, demam, mencuci darah, dan membuang toksin
* JANTONG PISANG - Merawat sembelit, demam, sakit urat saraf,
* TERUNG TELUNJUK - Merawat usus berdarah, penyakit kulit asma dan batuk
* BELIMBING BULUH - Merawat kurap dan jerawat.
* PUCUK UBI - Merangsang selera makan, merawat ulser dan sakit-sakit sendi.
* JERING - Merawat kencing bernanah

SamBil miNum pTg: baCa Lu (^_^)

# Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
# Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
# Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
# Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niat yang ikhlas.
# Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan

reNunGaN paGi (^_^)

"Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera kehidupannya" - SAIDINA ALI

Wednesday, May 12, 2010

......kaTa2 maLam......

---> haDiAh teRbaiK

# kpd kawan adlh kesetian

# kpd musuh adlh kemaafan

# kpd ketua adlh khidmat

# kpd yang muda adlh contoh terbaik

# kpd yang tua adlh hargai budi & kesetiaan

# kpd pasangan adlh cinta & ketaatan

# kpd manusia adlh kebebasan

*peMbeRian diSeRtaKan keiKhLasaN*

kaLau laH daPaT .......nYum5



peRghhHhhhhh......sedap nyeRrr*

Aku haNya seoRaNg haMBa….

Pemergianku,
Tidak harus ditangisi,
Tidak harus dikenangi,
Tidak harus dilewati oleh masa-masa kehidupanmu,
Kerana aku tidak punyai apa-apa,
Kerana aku hanya seorang hamba....

Pemergianku,
Hanyalah satu lumrah kehidupan,
Tidak kuduga saat ini,
Tapi ku rela menerimanya,
Tiada yang berkuasa melainkanNYA,
Kerana aku hanya seorang hamba...

Pemergianku,
Hanya tinggalkan sebuah nama,
Untuk menjadi bukti kehidupanku,
Di alam yang fana,
Memberi seribu makna,
Takku menduga pengakhirannya...

Kerana aku hanyalah seorang hamba...
Kerana aku hanyalah seorang hamba...

Tuesday, May 11, 2010

speCial 4 kAum hawa--> MaKanAn daLam panTaNg (PetUa oTai)

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

(1)Jenis ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

(2)Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

(3)Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

(4)Jenis ayam dan burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

OraNg tUa caKaP :-

01- Bibir Merekah
Minum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.

02- Segarkan Kulit Muka
Sapukan jus epal hijau kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih.

03- Manfaat Air Nenas
Kencing batu karang menyakitkan, badan berasa tidak arah dan demam. Setiap kali buang air berasa sakit. Mungkin petua ini dapat membantu anda. Kupas sebiji nenas dan cincang.Campur segelas air serta sedikit garam dan dikisar halus.Minum air nenas segelas setiap hari sehingga penyakit anda nampak pulihnya.

04- Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

05- Sembuhkan luka selepas bersalin
Bagi wanita yang baru bersalin dan ingin luka cepat sembuh, anda boleh amalkan petua berikut: Mula-mula ambil beberapa helai daun jambu batu dan dua keping asam keping. Kemudian rebus sehingga mendidih. Biarkan seketika sehingga air tadi menjadi suam. Cuci bahagian luka tadi dengan menggunakanair tersebut.
Insya Allah luka akan cepat sembuh.

06- Kilatkan rambut dengan biji betik
Ambil biji betik yang sudah masak sebanyak dua genggam, Bersihkan kulit biji yang berair itu, dan jemursampai kering. Bila sudah kering, gorengkannya tanpa minyak sampai hangus. Setelah itu bolehlah ditumbuk atau digiling biji betik itu hingga lumat. Pindahkan pada piring dan bancuh dengan air. Sebelum menggunakannya bersihkan rambut anda terlebih dahulu . Keringkan rambut anda dan sapukan bahan tadi tanpa syampu. Anda akan dapat lihat hasilnya. Rambut anda akan kelihatan hitam dan berkilat.

07- Awet muda dan menarik.
Wajah anda kelihatan tua kurang menarik dan berminyak.
Amalkan ketiga-tiga cara di bawah.
1-Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah.
2-Minum segelas air suam setiap pagi sebaik bangun tidur.
3-Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.


SELAMAT MENCUBA (^_^)

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan
lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...'

Monday, May 10, 2010

5 Penyakit Tersembunyi Usahawan Internet /Pengguna Internet

Kerjaya sebagai seorang usahawan internet selalunya akan menjadikan rumah dan computer sebagai pejabat peribadi mereka. Kerjaya ini dilakukan dengan berbekalkan sebuah komputer dan tanpa perlu keluar dari rumah amat menyenangkan. Jangan sangka bekerja di bawah bumbung yang terlindung dari cahaya matahari dan sentiasa berhawa dingin bermakna anda akan sentiasa selamat.

Tahukah anda bahawa disebalik ruangan pejabat anda yang selalunya cantik dan tersusun kemas sebenarnya tersembunyi ancaman penyakit yang boleh membahayakan kesihatan?


Batu karang
Sering berlaku kepada anda yang mencari info di internet atau idea datang mencurah-curah semasa menulis di blog akan abaikan apabila terasa mahu membuang air kecil. Selalunya mereka akan terus ke tandas apabila terasa benar-benar mahu menunaikan hajat tersebut tetapi ini boleh mengundang bahaya yang amat besar iaitu penyakit batu karang.


Gastrik
Gastrik berpunca dari tabiat pemakanan yang tidak teratur. Mungkin anda terlalu ‘excited’ dengan satu-satu projek untuk disiapkan sehingga mengabaikan makan dan minum. Kebanyakan mengganggap makan tidak teratur itu tidak mengapa asalkan hati menjadi puas dan akan mengambil makanan apabila betul-betul lapar. Ini adalah satu perkara yang sering berlaku tanpa kita sedari dan boleh mengundang bahaya penyakit ‘gastrik’ dan menjadikan kita tidak terurus dari segi pengurusan masa.


Gangguan penglihatan
Tumpuan mata ke arah komputer dalam tempoh yang lama sebenarnya mampu menjejaskan kesihatan mata. Penumpuan ke arah skrin komputer menyebabkan anda jarang mengerdip mata. Semakin kurang anda mengerdip mata maka semakin kering keadaan mata anda. Keadaan mata yang kering berpanjangan juga boleh menyumbang kepada risiko kebutaan. Selain itu penumpuan terhadap computer dalam jangka masa yang lama mungkin menyebabkan mata anda berair dan perlahan-lahan mata akan menjadi kabur. Ia dikenali ‘computer vision syndrome’.

Tanda anda mengalami masalah ini adalahsering sakit kepala, sukar menumpukan perhatian, terasa hendak muntah dan juga sakit perut. Elakkannya dengan merehat mata sejenak selepas setiap setengah jam anda berhadapan dengan skrin komputer. Alihkan pandangan anda pada satu sudut jauh dan dekat di luar jendela secara berulang kali, pandang pemandangan yang hijau dan sebagainya.


Stres atau tekanan
Bagi wanita yang berkarier sebagai usahawan internet sememangnya lebih berisiko untuk menghadapi stres. Urusan kerjaya anda, urusan rumah tangga dan anak-anak sering kali menyebabkan ramai wanita tertekan. Awasi jika anda sering sakit kepala, jantung berdegup kencang, sakit leher dan pelbagai simptom lagi. Ini sebenarnya petanda anda dalam keadaan stres. Rentetan daripada stres yang dialami anda mungkin mengalami gangguan kesihatan dan menyebabkan penurunan prestasi kerjaya anda.


Sukar tidur
Ia adalah lanjutan daripada masalah stress yang anda alami. Sekiranya anda sukar untuk melelapkan mata selama lebih dua minggu bermakna anda mengalami insomnia. Kekurangan tidur menyebabkan anda sentiasa dalam keadaan letih dan tidak bermaya.

Prestasi kerja anda juga makin menurun kerana tumpuan anda lemah selain daya tahan tubuh yang makin berkurang. Oleh itu, tidurlah secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari.

..10 may 2010..

....maka t'ciptalah blog....